Wednesday, February 15, 2006

Mawi bakal meriahkan ASA 2006

(Berita Harian - 15/02/2006)
Sebahagian dari artikel bertajuk '757 produk sertai ASA 2006'
Oleh Zainuri Misfar

...Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2006 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 10-11 Mac ini. Acara pada 10 Mac akan disiarkan secara langsung di TV1. Ia membabitkan 16 kategori. Majlis pada 11 Mac pula membabitkan 10 kategori bakal disiarkan semua stesen TV. Ia dijadualkan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. ASA dijadikan Anugerah Industri Penyiaran Rasmi Negara sejak tahun lalu...

...ASA 2006 bakal dimeriahkan persembahan artis pelbagai kaum, baru dan lama seperti Datuk Sharifah Aini, Ramli Sarip, M Nasir, Jamal Abdillah, Amy Search, Ning Baizura, Camelia, Misha Omar, Too Phat, Daniel, Adam, Mohram, Jaclyn Victor, Mawi, Nikki, Pija, Linda dan Yazer.