Tuesday, November 29, 2005

Pilihan Raya: Kait nama Mawi

(Harian Metro - 29/11/2005)
Oleh Munir Ana’am Zuljadan, Manan Samad, Isma Ismail, Adnan Mohamad, Ismail Muhamad dan Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: Nama juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi turut dikaitkan ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir semakin hangat.

Mawi dijadikan ‘senjata sulit’ oleh calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan Pas, sekali gus meraih undi peribadi.

Tindakan itu menerusi satu kain rentang yang dipasang penyokong Ibrahim di kawasan strategik di Kampung Kubang Bemban, di sini.

Kandungan tulisan di kain rentang itu ialah ‘BN guna Mawi, Pas bawa Mawi, tapi kita mahu Datuk Ibrahim Ali, pejuang, pembela bangsa, bukan penyanyi’.

Ia merujuk kepada tindakan Briged Putera Umno menggunakan Mawi dalam programnya manakala Pas pula dikritik kerana membawa penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu ke Kelantan untuk menjayakan Konsert Tautan Kasih, baru-baru ini.

Kedua-dua pihak berpendapat penyanyi yang tampil dengan imej bersih itu mampu membawa pengaruh positif terutama kepada golongan belia.

Tetapi seperti menangguk di air keruh, penyokong Ibrahim menggunakan ‘senjata’ berkenaan untuk menaikkan nama bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas itu.

Namun, tindakan itu dikhuatiri boleh memakan diri sendiri, seolah-olah beliau bersifat talam dua muka.

Ini kerana, pada masa sama, Ibrahim dilihat berbaik-baik dengan kedua-dua pihak sejak kebelakangan ini.

Gambar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika melawat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba di Kuala Lumpur, baru-baru ini, dimuatkan dalam laman web Pas.

Ibrahim juga dilihat mesra dengan pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika sesi penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim I, di sini, kelmarin.

Apapun, bekas timbalan menteri itu tampak tidak yakin dengan peluangnya untuk melakukan kejutan menjelang hari pembuangan undi Selasa ini.

Ini berdasarkan persiapan kempennya yang bersifat sederhana biarpun dianggap antara ahli perniagaan berjaya di Kelantan.

Teori Firhad lawan cetak rompak

(Berita Harian - 29/11/2005 - Tamu Selasa)
Oleh Karim Sulaiman

ISU cetak rompak masih menghantui industri muzik tanah air kerana lanun cetak rompak terus bermaharajalela. Apa pandangan saudara mengenai perkara ini?

Usaha kerajaan dan agensi terbabit dalam usaha membanteras cetak rompak amat memberangsangkan. Bagaimanapun, kita perlu ingat lanun cetak rompak ini muncul seperti cendawan selepas hujan. Agensi penguat kuasa hanya berupaya bertindak atau melakukan operasinya mengikut keupayaan kakitangan bertugas. Mereka tidak boleh berada di mana-mana dalam satu masa. Kita harus timbang hakikat ini dan jangan sekadar meletakkan tanggung jawab di atas bahu mereka.

Dengan itu, satu langkah secara kreatif sama ada dari segi produk atau harga perlu dipertimbangkan. Model sedia ada nyata tidak berkesan untuk menyemarakkan kembali industri pada tahap kegemilangan sekitar pertengahan 1990-an. Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, telah terhasil rakaman secara rip it, download dan burning yang secara tidak langsung menjadi ancaman baru kepada industri muzik, selain cetak rompak.

Sebagai pengusaha muzik, langkah baru harus diperkenalkan. Maestro Records melantik Zezz Entertainment Group sebagai pakar runding untuk mengendalikan operasi dan strategi sejak Januari tahun lalu lagi. Apa yang diperkenalkan ialah konsep album penuh lapan lagu dan mini album lima lagu. Harganya pula lebih murah untuk menarik perhatian golongan muda dan pelajar. Daripada berserah bulat-bulat kepada agensi penguat kuasa, kita ambil inisiatif buat sesuatu mengikut kemampuan.

Pada 2003, ada cadangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menetapkan harga siling cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD), tetapi kurang disenangi syarikat rakaman. Bagaimanapun, syarikat saudara menyahut cabaran itu. Apa rasionalnya?

Ia bergantung kepada persepsi seseorang sama ada pengguna atau syarikat rakaman itu sendiri. Ada yang berpendapat jika lagu bagus orang sanggup bayar harga tinggi seperti lukisan Picasso. Muzik dianggap sebagai sealiran. Isu sekarang ialah harga ditawarkan cetak rompak jauh berbeza iaitu RM6 berbanding yang tulen RM21, RM29.90 atau RM35.90 seunit.

Usaha kami atau saya namakannya Teori Harga Firhad masih tidak dapat menandingi harga cetak rompak. Kami sekadar memberi alternatif yang diharapkan membuat pengguna ‘bersimpati’ terhadap usaha ini. Dengan usaha kami ini juga, kita masih melihat ada album cetak rompak. Contohnya, album Mawi turut menjadi mangsa cetak rompak secara meluas.

Adakah langkah menurunkan harga CD dan VCD dapat meningkatkan jualan album?

Apa yang Maestro dan Zezz usahakan menjadi ‘bahan eksperimen’ apabila pihak lain masih was-was dan tidak yakin akan keberkesanan penurunan harga untuk meningkatkan penjualan album. Jika Teori Harga Firhad ini gagal, maka Maestro Records akan rugi dan Zezz akan kehilangan tanggungjawab mereka sebagai penasihat Maestro Records. Itu sebenarnya risiko dunia korporat, tetapi niat kami mencari alternatif terbaik untuk menemui titik pertemuan antara kehendak Maestro Records dan pengguna. Jangan lupa perniagaan mana yang tidak mahu untung.

Melalui konsep ini, kami mencari keseimbangan di antara artis berbakat berbekalkan lagu yang dapat memenuhi cita rasa pasaran dan menawarkannya pada harga murah. Ini semestinya menggalakkan peminat muzik untuk mula berminat membeli semula album. Tawaran harga yang memuaskan akan menyebabkan peralihan purata kegunaan CD mengatasi kaset. Harus diingat profil pembeli muzik Melayu ialah pelajar dan pekerja awam seperti pekerja kilang, kerani, peneroka dan ‘mat despatch’. Mereka bergaji di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Sasaran kami pada golongan ini.

Secara keseluruhan, Maestro Records dan Zezz dengan konsep Teori Harga Firhad ini sekadar berani mencuba dan mungkin bukan jalan penyelesaian yang dicari-cari. Tetapi, setakat ini dengan tahap penjualan dan sokongan daripada pembeli album kami, ia memberi inspirasi untuk terus mengekalkan konsep Teori Firhad iaitu ‘Muzik Hebat Dengan Harga Berpatutan’.

Apa sebenarnya pendekatan Teori Harga Firhad.

Ia mengambil kira asas 5P dalam pemasaran iaitu product (keluaran), place (tempat menjual), promotions (promosi), price (harga) and people (pengguna). Untuk mendapat sokongan pembeli, kita harus memenuhi kehendaknya walaupun tidak sepenuhnya. Bagaimanapun, jika sebahagian kemahuan dan kehendak dipenuhi, mereka akan bertindak untuk membeli atau menyokong barang ditawarkan. Ini berlaku kepada album keluaran Maestro. Album Mawi mungkin one off, tetapi tahap penjualan album Felix mencecah 28,000 unit, Amylea dan Marsha (masing-masing 12,000 unit) dan Yazer (10,000 unit). Pada kami, ia melambangkan kepercayaan pengguna untuk membeli album Maestro. Kita perlu menerima hakikat ‘pengguna sentiasa benar’. Selagi penjualan album seperti dialami kini berterusan, maka Teori Harga Firhad ini akan terus diperjuangkan.

Harapan saudara terhadap industri muzik tanah air terutama dalam cabaran menentang lanun cetak rompak.

Lanun cetak rompak akan sentiasa ada selagi permintaan wujud. Cara terbaik untuk mengadakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menjual. Difahamkan ia telah mula dilakukan. Teori Harga Firhad alternatif untuk menjual pada tahap harga yang murah. Pencapaian kami ini diharap menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan semula industri dengan mendengar permintaan pengguna.

Keberkesanan perjuangan kami bergantung sepenuhnya kepada pengguna. Mereka yang menjadi penentu masa depan kami sebagai pengusaha industri muzik yang berjaya atau sebaliknya. Mereka juga yang akan menentukan, apabila terangsang dengan lagu yang didengar, sama ada untuk membeli yang tulen atau cetak rompak.

10,000 saksi Muzika Ekstravaganza

(Berita Harian - 29/11/2005)

GEORGETOWN: Kira-kira 10,000 orang menyaksikan persembahan Muzika Ekstravaganza 2 di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini malam kelmarin.

Persembahan nyanyian artis yang istimewa itu membabitkan usaha sama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp, Singapura.

Ia disiarkan secara langsung di TV2, RTM dan TV12 Suria bermula jam 8.30 malam.

Artis Malaysia yang tampil membuat persembahan ialah Noraniza Idris, Ning Baizura, Zamani, Azharina Azhar, Nassier Wahab, Liza Hanim, Esther Khoo, Azlina Aziz, Mawi, Amylea dan Mohram.

Singapura pula menampilkan artis mereka seperti Hetty Sarlene, Khairul Anuar, Syed Azmir, Asha, Budak Pantai dan Hazrul Nizam.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Lee Boon Yang, hadir sebagai tetamu kehormat bersama isteri masing-masing.

Hadir sama, wakil kerajaan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yahaya Abdul Hamid; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MediaCorp, Alice Tan.

Persembahan Muzika Ekstravaganza 2 itu diiringi Orkestra RTM di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail manakala pengacara pula ialah Azwan Ali dan Hazlina Halim.

Sebelum ini, persembahan itu dikenali sebagai 'Rampaisari', rancangan aneka ragam itu dimulakan pada 1980 sebagai asas bagi MediaCorp ketika itu dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Singapura dan RTM, badan penyiar kebangsaan kedua-dua negara, untuk bertemu dan menjalin hubungan akrab.

Program itu dihentikan pada 1998 berikutan hubungan dingin antara kedua-dua negara.

Persembahan Muzika Ekstravaganza pertama berlangsung di Singapura pada April lalu.

Monday, November 28, 2005

Konsert rumah terbuka Mawi

(Utusan Malaysia - 28/11/2005)

Mahir Entertainment & Production (MEP) dengan kerjasama Hotlink/Maxis dan Felda DSaji, menganjurkan Konsert Aidilfitri Di Rumah Terbuka Mawi & Artis-Artis AF di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 1 Disember ini pukul 8 malam.

Menurut Pengarah Urusan MEP, Nor Mahiran Yusoff, sambil berhibur, penonton akan dihidangkan dengan juadah raya secara berhidang dan akan menerima berbagai cenderamata.

"Selain Mawi, kami tampilkan juga Marsha, Kefli, Amelia, Adam dan Farah,'' kata Nor Mahiran.

Menurutnya lagi, persembahan selama lebih kurang dua jam itu juga akan memberi ruang kepada penyanyi-penyanyi berkenaan beramah mesra bersama peminat selepas persembahan masing-masing.

Lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Mawi tentunya lagu-lagu yang banyak memberi kenangan manis kepada peminatnya seperti Aduh Saliha, Gadis Melayu, Seroja, Intifada dan tidak ketinggalan berduet dan menyanyikan lagu secara berkumpulan dengan artis-artis jemputan.

Bagi memeriahkan dan menceriakan acara, Ogy Ahmad Daud diberi tanggungjawab mengacarakan majlis bersama Zainal Alam Kadir.

Harga yang ditetapkan untuk bersama Mawi dan bintang-bintang AF2 & AF3 ini ialah meja VVIP - RM3,000, Meja Platinum - RM2,500 (1 meja/10 orang) atau RM250 seorang.

Meja Emas - RM2,000 (1 meja/10 orang) atau RM200 seorang.

"Tempahan terhad untuk 1,000 orang sahaja. Mereka yang berminat, boleh hubungi Mahir Entertainment di talian 03-20923261 (Umie)/ 017-6655562 atau 03-40433212 (Shida/Lynn).

"Bagi peminat Mawi yang menggunakan talian 012 dan 017 dan menjadi ahli kelab Hotlink boleh mendapatkan tiket percuma dengan hanya menambah nilai RM100 di Dewan Perdana Felda. Tiket tajaan Hotlink ini terhad untuk 300 orang sahaja,'' kata Nor Mahiran.

Rentak hiburan Pantai Timur

(Harian Metro - 28/11/2005)

SEJAK kebelakangan ini, sudah ada kelonggaran diberi tiga kerajaan negeri di Pantai Timur yang nampaknya peka betapa rakyat memerlukan hiburan tetapi tidak keterlaluan.

Malah, kebanyakan penduduk di pantai timur mengakui mereka dahagakan konsert tetapi berpendapat ia seharusnya dilakukan bersesuaian dengan kehidupan masyarakat tempatan.

BERI RUANG ARTIS IMEJ BERSIH

Ikuti kupasan naluri penduduk Pantai Timur terhadap hiburan sejak akhir-akhir ini oleh wartawan NOR HAIRULNIZAM WAHID, SHARIFAH SALWA SAYED HASSAN dan ERYWAN NORSHAL.

KUALA TERENGGANU: Kebanyakan penduduk di Terengganu mahu hiburan diteruskan tetapi perlu mengikut garis panduan sesuai dengan rakyat yang kebanyakannya beragama Islam.

Menurut mereka, hiburan menjadi satu alternatif yang baik untuk menghilangkan kebosanan selepas penat bekerja dan belajar, selain beristirahat dan beriadah.

Mohd Raimi Che Mansor, 18, dari Gong Badak, di sini, berkata rakyat Terengganu memang dahagakan hiburan selepas sekian lama persembahan kebanyakan artis tempatan disekat sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, nyanyian artis biasa perlu diperbanyak dan diteruskan kerana memberi kebaikan dari segi moral kepada penduduk Terengganu.

Selain itu, katanya, artis yang membawa imej bersih dan kemas seperti Asmawi Ani atau Mawi perlu diberi ruang lebih besar kerana boleh membantu membentuk remaja dan belia yang lebih diterima masyarakat.

“Artis yang selekeh dan berambut panjang membawa contoh buruk kepada masyarakat dan boleh menjadi ikutan remaja dan belia.

“Oleh itu, apa salahnya jika kerajaan negeri hanya membenarkan mereka dengan penampilan baik menghiburkan rakyat negeri ini,” katanya yang juga pelajar jurusan kejuruteraan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), di sini.

Nathrah Bakar, 27, kakitangan kerajaan dari Muar, Johor, berpendapat hiburan di negeri ini perlu dikawal sama ada daripada jenis lagu atau bentuk persembahan.

“Lagu yang dipilih perlu sesuai dan tidak menyebabkan rakyat negeri ini khayal dan lupa tanggungjawab. Bentuk persembahan juga tidak perlu melampau-lampau dan apa yang ada sekarang sudah baik,” katanya.

Menurut Mohd Faidhi Mazlan, 18, artis tidak perlu berpakaian menjolok mata kerana ia akan menyebabkan pelbagai akibat buruk kepada penonton terutama remaja yang masih belajar membentuk diri.

Mohd Faidhi turut bersetuju hiburan perlu diteruskan di negeri ini tetapi konsert seharusnya dipersembahkan daripada artis yang berimej baik serta berpakaian kemas.

“Jika ia tidak dikawal dan berlebihan seperti di negeri lain terutama Kuala Lumpur masalah sosial juga mungkin meningkat,” katanya yang juga pelajar jurusan farmasi sebuah IPTA.

Saya penat, orang untung

(Harian Metro - 28/11/2005 - Edisi Nasional)
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: “Saya kesal dengan kegiatan cetak rompak kerana kita buat kerja teruk-teruk, mereka dengan senang kaut untung,” keluh juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi.

Mawi, 24, anak jati Felda Taib Andak, Johor, berkata dia juga kecewa apabila mengetahui album sulungnya, Yang Tercinta yang dicetak rompak sudah berada di pasaran.

Menurutnya, lebih mengejutkan lagi, walaupun album berkenaan baru sahaja berada di pasaran tetapi orang ramai boleh memperolehi album cetak rompak pada harga RM7 di sekitar bandar raya ini.

Katanya, perasaan sedih bercampur duka berbaur di hatinya apabila pendatang baru sepertinya terpaksa berhadapan dengan keadaan menjengkel ini demi mencipta nama.

“Mengapa bintang atau pendatang baru seperti saya harus menerima dugaan seperti ini, dan saya harus tabah menghadapi apa juga keadaan kerana mendapati sambutan album cetak rompak begitu laris di sini.

“Dulu sebelum jadi artis, terdengar juga artis lain mengeluh tetapi kini terkena pada diri sendiri apabila album yang baru dilancarkan sudah dicetak rompak dan dijual dengan meluasnya,” katanya.

Mawi berkata, berikutan itu, dia kini sudah bersedia untuk mengempur dan menangani penjualan album terbarunya yang dicetak rompak agar dapat dihapuskan atau dibanteras secepat mungkin.

“Kepada peminat, belilah album original sekiranya anda menyayangi dan menyokong saya sejak dari mula AF3 dulu hingga sekarang.

“Saya amat berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membantu serta paling penting pada peminat sendiri agar tidak terus menyokong dan membeli album cetak rompak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengurus Artis Meastro, Aman Ali berkata, dia kesal apa yang berlaku biarpun jualan album Mawi kini sudah mencecah 110,000 unit dalam tempoh seminggu.

Menurutnya, biarpun dibelenggu dengan masalah cetak rompak, dia berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan.

Katanya, pada mulanya, dia terkejut apabila ditunjukkan cakera padat (CD)
album Mawi yang dicetak rompak dan selepas menilai mendapati kualiti
lagunya memang teruk.

“Susunan lagunya berterabur dan dicampuradukkan dengan lagu-lagu terpilih membabitkan Naib Juara AF3, Felix yang dipetik dalam siri konsert mingguan AF3 sebelum ini.

“Apa yang paling dikesali, walaupun album cetak rompak itu ternyata kurang berkualiti tetapi masih ramai yang sanggup membeli.

“Memang harga album cetak rompak lebih murah daripada album original kerana kualitinya amat bagus dan peminat yang membeli album cetak rompak
secara tidak langsung menyokong lanun terbabit,” katanya.

Aman berkata, dia berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dapat melakukan pemantauan dan pemeriksaan terhadap lanun cetak rompak.

‘Jangan tabur pasir’

(Berita Harian - 28/11/2005)
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

"KALAU mereka benar-benar peminat saya, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi saya. Peminat sejati tidak mungkin akan menghancurkan karier penyanyi yang mereka minati," kata Mawi dengan nada kecewa ketika mengulas mengenai album sulungnya yang dicetak rompak.

Album Mawi...Yang Tercinta dilaporkan menerima nasib yang sama seperti penyanyi lain apabila dicetak rompak pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah bertindak menjual dengan harga lebih rendah iaitu RM 5 dan RM 7 berbanding album original yang dijual pada harga RM 21.

"Saya kecewa dengan orang yang buat kerja ini, kenapa mereka mesti mengambil kesempatan di atas titik peluh yang saya curahkan selama ini semata-mata untuk meraih keuntungan segera.

“Saya harap kerajaan akan campur tangan bagi memerangi perkara ini habis-habisan.Jika tindakan segera tidak diambil satu hari nanti penyanyi akan lenyap kerana tidak boleh cari makan gara-gara album dicetak rompak.

"Namun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang menyokong saya dengan mendapatkan album original. Tanpa mereka tidak mungkin album saya terjual sehingga 100,000 unit dalam masa seminggu album ini berada di pasaran," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Mawi juga berkata, dia sanggup turun padang bagi membanteras jenayah cetak rompak seandainya keadaan semakin meruncing.

Mawi turut menasihati peminatnya agar tidak tertipu dengan kualiti album cetak rompak yang dikatakan setanding album original.

"Saya sudah dengar album cetak rompak itu, kalau peminat mahukan kepuasan dapatkan yang original. Saya sempat mendengarnya di dalam kereta tetapi bila terhentak sedikit lagu itu akan mengalami gangguan. Saya juga cuba memasangnya di pemain cakera padat tapi tidak boleh diputarkan.

"Bagaimanapun saya gembira masih ada yang sudi menyokong kerjaya saya, walaupun ramai yang tidak mendaftar sebagai Mawi FC tetapi mereka tetap menunjukkan sokongan kuat sehingga album saya berjaya terjual dengan angka yang memberangsangkan

"Walaupun ramai yang tidak mendaftar dalam Mawi FC saya tahu masih ramai lagi di luar sana yang menyokong, angkanya juga lebih ramai daripada ahli. Terima kasih atas sokongan mereka juga kepada ahli MFC yang berkerja keras untuk menyokong karier saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez berkata, Maestro sudah berdaftar dengan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan kini mereka menyerahkan kepada RIM untuk melakukan tindakan selanjutnya.

“Kini kami menyerahkan kepada RIM untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi membanteras kegiatan cetak rompak ini, sekiranya perkara ini semakin meruncing Maestro akan mencari jalan penyelesaian sendiri. Isu ini ternyata sukar untuk diselesaikan, kami sudah mengambil langkah awal dengan menurunkan harga cakera padat kepada RM 21 seunit berbanding RM 42 yang ditawarkan untuk cakera padat lain.

“Dengan harapan penurunan sebanyak 50 peratus ini tidak akan membebankan pembeli, ini juga adalah peranan kami bagi menyahut saranan kerajaan supaya menurunkan harga tetapi usaha kami tidak berjaya.

“Kalau mereka terus memberikan sokongan kepada album cetak rompak, artis tidak boleh cari makan lagi. Mungkin juga satu hari nanti golongan ini boleh lenyap kerana tidak ada orang ingin mereka membeli album mereka.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong Mawi dengan mendapatkan album tulen,” katanya.

Konsert biar sesuai

(Harian Metro - 28/11/2005)

SAMBUTAN luar dugaan terhadap konsert beberapa artis popular di tiga negeri Pantai Timur sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai satu daripada perkembangan positif dalam industri hiburan.

Apatah lagi melihat artis tempatan dari dekat semependuduk di wilayah ini. Tetapi, jika penganjur tidak pandai menjaga tatasusila, besar kemungkinan tidak ada sambutan lagi di masa depan.

Kehadiran Mawi di Stadium Darulmakmur, baru-baru ini, misalnya mampu menarik kehadiran 5,000 penonton biarpun diadakan pada waktu pagi iaitu ketika majoriti penduduk bandar Kuantan keluar bekerja.

Selain konsert, program seperti persembahan mini dan program jelajah (roadshow) turut menjadi tumpuan orang ramai khususnya remaja untuk berhibur secara percuma, selain bermesra dengan artis pujaan mereka dengan lebih dekat.

Antara artis yang sudah mencuba populariti mereka adalah Siti Nurhaliza, Misha Omar, VE, Ruffedge, Spider selain juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi.

Orang ramai yang ditemui mengakui program berteraskan hiburan yang diadakan bersesuaian dan tidak keterlaluan boleh memberikan alternatif kepada penduduk di Pantai Timur.

Perunding, Md Munira Mohamad, 24, berkata penganjuran program hiburan seumpama itu sentiasa mendapat sambutan golongan remaja dan berlangsung dalam suasana terkawal.

“Bagaimanapun, penganjuran konsert sehingga lewat malam mungkin boleh menyebabkan mereka terbabit dalam kegiatan kurang sihat.

“Adalah wajar sekiranya konsert diadakan pada waktu yang sesuai supaya tidak membawa kesan negatif khususnya terhadap remaja. Kehadiran artis popular atau konsep konsert yang menarik berupaya menarik orang ramai,” katanya.

Bagi pelajar, Umi Nadhirah Asari, 18, kedudukan Kuantan yang kini mudah dihubungi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menjadikannya kawasan strategik bagi mengadakan pelbagai program hiburan di kawasan Pantai Timur.

Menurutnya, program seperti Sure Heboh atau konsert yang dihadiri artis popular boleh menarik orang ramai datang berhibur.

“Pada pandangan saya, jumlah program hiburan yang diadakan serta jenis persembahan yang dibuat masih di tahap terkawal.

“Bagi pelajar, kesempatan menghadiri persembahan hiburan pada sebelah siang di hujung minggu. Biarpun hiburan seperti itu diperlukan tetapi disiplin serta akademik perlu diutamakan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Bienda yang popular dengan lagu `Kerinduan’ berkata, artis perlu memanfaatkan kemudahan menyertai pelbagai program hiburan di kawasan Pantai Timur, sebagai satu cara mendekati peminat.

“Selain itu, mereka perlu menjaga sensitiviti masyarakat di Pantai Timur dengan tidak berpakaian menjolok mata atau menunjukkan perangai tidak baik di kalangan peminat.

“Kedatangan artis untuk mengadakan persembahan memberi peluang kepada orang ramai berhibur tidak kira di mana mereka berada kerana mereka ini jugalah yang menyokong kerjaya seni seseorang artis,” katanya.

Sunday, November 27, 2005

Ajak kawan berkubang dalam paya

(Harian Metro - 27/11/2005 - Dunia Mawi)

MEMANDANGKAN ramai bertanya bagaimana Asmawi Ani dibesarkan, saya ingin berkongsi pengalaman menarik itu dalam ruangan ini.

Sejak kecil saya jenis pendiam. Tidak banyak bercakap, kecuali bertemu rakan sekepala. Bila berkumpul, mulalah timbul macam-macam idea yang ada kalanya tidak masuk akal. Alah... zaman kanak-kanak, mana boleh duduk diam.

Antara permainan kegemaran saya dan rakan ialah sembunyi ibu, badminton dan sepak takraw.

Biasanya saya keluar bermain selepas jam 5 petang dan balik rumah sebelum Maghrib.

Kalau nak tahu, saya kuat merayau. Pantang ada peluang, saya mesti singgah di rumah kawan.

Selalu juga emak marah-marah. Apa tidaknya, kadangkala sampai ke petang saya masih melepak di rumah kawan.

Pernah beberapa kali emak mencari saya dari rumah ke rumah. Bila sudah jumpa, emak pasti paksa saya pulang bersamanya.

Satu lagi kenangan yang masih melekat di ingatan sehingga kini, saya dan rakan suka berkubang dalam paya.

Kami bergotong-royong membuat empangan menggunakan plastik baja. Bila air naik, kami akan mandi beramai-ramai.

Habis badan penuh dengan lumpur. Bila balik rumah emak, abah mesti marah. Namun apa boleh buat, kanak-kanak... hari ini kena marah, esok buat lagi. Mana pernah serik.

Paling tidak boleh dilupakan ialah peristiwa dikejar anjing di kawasan kolam ikan toman milik seorang tauke Cina. Saya dan rakan teringin sangat melihat ikan dari dekat.

Kami berpakat ke sana. Apabila melintasi pagar, kami dikejutkan dengan salakan seekor anjing.

Tanpa diduga, anjing itu meluru ke arah kami. Apa lagi, kami lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.

Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Itulah kali pertama dan terakhir kami ke kolam itu.

Untuk pengetahuan peminat, saya dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan agama.

Emak tegas orangnya. Jika saya buat kesalahan, dia tidak teragak-agak menegur atau memukul saya.

Abah pula jenis yang tenang. Dia banyak menasihati saya, kalau marah pun sekadar memberi teguran dan tidak lebih daripada itu.

Biarpun rapat dengan kedua-duanya, saya lebih banyak mengadu dengan abah. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Selalu juga abah bawa saya ke kebun dan makan di warung.

Hari pertama masuk tadika, saya dihantui rasa bimbang dan takut. Maklumlah pengalaman pertama. Saya minta abah menemani saya.

Selepas dua jam menunggu, dia pulang ke rumah tanpa saya sedari.

Ramai juga kawan terbuang air di dalam seluar, kemudian menangis disebabkan malu dan takut dimarahi cikgu.

Selepas beberapa hari, saya dapat membiasakan diri.

Masih jelas di ingatan, ketika itu rambut saya panjang hingga mencecah bahu.

Tadika itu menyediakan tiga guru yang bertanggungjawab mendidik kami. Paling tidak dapat saya lupakan, Cikgu Rohana dan Cikgu Nordah.

Cikgu Rohana garang orangnya, manakala Cikgu Nordah penyayang dan lemah lembut.

Dalam ramai-ramai, saya lebih rapat dengan Cikgu Nordah sebab dia sentiasa mengambil berat dan prihatin dengan keadaan anak muridnya.

Antara daya tarikan utama membuatkan saya tidak sabar ke tadika setiap hari ialah makanan yang disediakan ketika rehat.

Memang sedap, apatah lagi apabila makan beramai-ramai. Boleh dikatakan itulah saat paling menggembirakan saya.

Saya suka menyakat kawan. Sekejap tarik seluar dan macam-macam lagi.

Kenangan paling istimewa, saya dan rakan menari pom-pom sempena sambutan merdeka.

Bangga betul apabila persembahan berwarna-warni itu disaksikan ibu bapa.

Cukuplah sampai di sini. Minggu depan kita bersambung dengan pengalaman saya di sekolah rendah dan menengah.

120 wartawan di majlis Mawi?

(Utusan Malaysia - 27/11/2005)

HUZZ terkejut apabila Along Bakar, Penolong Pengurus Promosi, Maestro Record, mengatakan dia pening kepala di malam sidang akhbar album terbaru Mawi (16 November lalu), apabila muncul 120 orang yang mengaku mereka adalah wartawan yang datang nak bikin liputan!

Ini ialah kerana ada yang mendakwa dirinya wartawan tetapi mencurigakan. Maksud Along, entah ya atau tidak ada tu... kerjanya wartawan. Ini ialah kerana ada yang tak dikenali mukanya. Bimbang kalau-kalau dek kerana terlalu minatkan Mawi, ada orang sanggup mengaku dia bekerja sebagai wartawan.

Kata Along, ``Saya pun hairan, macam mana timbul sampai 120 orang wartawan hiburan. Saya bukan tak kenal muka-muka wartawan hiburan akhbar dan majalah, tapi malam itu... itulah yang berlaku. Yang buat jemputan kepada wartawan ialah beberapa pihak termasuk Maestro Record. Kerana ramai wartawan yang datang, akhirnya ramai jugalah wartawan yang memang bekerja di akhbar dan majalah tempatan, tak dapat album dan tempat duduk.

``Walaupun majlis itu bukan anjuran pihak kami, saya memohon maaf kerana ada wartawan yang ternyata frust dengan apa yang dah berlaku. Insya-Allah kami di Maestro Record akan mengadakan satu majlis album Mawi ini di luar KL selepas ini. Kali ini kami akan pastikan yang datang tu benar-benar bertugas di akhbar-akhbar harian dan majalah tempatan. Bukan yang saja-saja kata, dia wartawan.''

Pada Huzz, semua majlis hiburan perlu memastikan wartawan bertugas memakai kad masing-masing. Jangan muncul lagi wartawan yang menyamar.

HUZZ: Sebelum ini, ada juga nak menyamar dirinya sebagai Huzz. Hairannya takkanlah orang tak tahu Huzz tu rambut dan bodynya macam mana, kan?

Saturday, November 26, 2005

Kemelut Mawi FC tidak jejas bilangan ahli

(Berita Harian - 26/11/2005)
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Timbalan presiden dan lapan AJK masih kekal serta meneruskan usaha pendaftaran persatuan itu

“Saya dan lapan AJK penaja MawiFC yang lain masih kekal dan meneruskan usaha untuk meneruskan pendaftaran persatuan ini sebagai sebuah pertubuhan yang sah. Usaha sedang dilakukan dan pengesahannya akan diperoleh daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lama lagi,” katanya.

Pada sidang media yang berlangsung di Bilik Rajawali, Hotel Legend, Kuala Lumpur, Isnin lalu, Rozita berkata, pergolakan yang berlaku berpunca daripada perselisihan kecil mengenai kenyataan yang dikeluarkan Mohd Nor dalam laman web persatuan itu.

Kenyataan yang menyebut MawiFC menaikkan dan akan menjatuhkan penyanyi itu, katanya tidak sepatutnya digunakan Mohd Nor kerana ia bertentangan dengan objektif asal penubuhan MawiFC iaitu menyokong perjalanan karier seni Mawi.

“Mungkin sesetengah daripada kami mempunyai pendapat berbeza, berlainan kaedah dalam menangani masalah atau situasi tetapi matlamat akhir adalah satu iaitu menyokong kerjaya seni Mawi.

“Namun kami akur dengan keputusan Mohd Nor dan Hasmuny untuk tidak aktif bersama MawiFC. Bagaimanapun, itu tidak bermakna MawiFC dibubarkan kerana persatuan itu sebagai organisasi berdaftar di ROS masih belum wujud,” katanya.

Bukan taksub melampau

ROZITA menolak tanggapan mengatakan ahli MawiFC terlalu taksub dengan penyanyi itu hingga menyukarkan perjalanan karier seni Mawi yang baru bermula. Sebaliknya, katanya, mereka hanya menyatakan sokongan dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi penyanyi Aduh Saliha itu.

Justeru, penubuhan MawiFC adalah perlu kerana walaupun hingga ini hanya mempunyai 40,000, mereka akan meneruskan usaha memastikan karier Mawi berpanjangan dan berjalan lancar.

“Semua yang kami usahakan ini adalah untuk memastikan usaha Mawi membuahkan hasil. Ia bukan untuk kepentingan peribadi,” katanya, menolak tanggapan ketaksuban ahli MawiFC dilihat mengongkong perjalanan juara Akademi Fantasia 3 itu. MawiFC juga katanya, bertindak sebagai saluran untuk menyalurkan semua aktiviti seni terkini penyanyi itu supaya sampai kepada semua peminat.

“Kami tidak pernah mengambil kesempatan terhadap populariti Mawi. Jika ada yang berkata begitu, ia mungkin merujuk kepada individu tertentu bukan MawiFC keseluruhannya,” katanya.

Dalam proses pembelajaran

MEREKA akur, memandangkan MawiFC masih baru ahlinya terpaksa pantas belajar dan cuba menyesuaikan diri dengan tuntutan dan kehendak dunia seni. Lantaran itu, mereka mengalu-alukan kritikan dan komen membina supaya tidak tersasar langkah hingga menjejaskan nama baik Mawi.

“Seperti Mawi yang masih dalam proses pembelajaran, kami akan turut beriringan dengannya supaya persatuan ini menjadi sebuah pertubuhan yang profesional dan efisien,” katanya.

Lantaran itu, mereka bercadang meletakkan wakil daripada Maestro Talent & Management (Maestro) untuk memantau perjalanan MawiFC.

“Perlu ada wakil kerana dia akan bertindak sebagai penyalur maklumat supaya langkah kami tidak tersasar dan lebih berkesan,” katanya.

Hadir sama pada sidang media khas itu ialah penasihat undang-undang MawiFC, Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara dan Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez.

World’s tiniest DVD camcorder launched

(The Star - 26/11/2005)
By CHIN MUI YOON

Akademi Fantasia winner, Mawi, launched the world’s slimmest and smallest DVD camcorder on Tuesday with much fanfare at the Crowne Plaza Mutiara Hotel.

The camera is produced by Canon Marketing Malaysia, which entered the DVD camcorder market with its DC10 and DC20 1.3 to 2.2 megapixel range cameras.

The sleek and stylish camcorders offer advanced photo and video editing features; fast file transfers and the convenience of sharing images via DVD storage media format.

Earlier this month, Canon introduced its flagship model, the MVX4i, which is the worlds first four megapixel camcorder.

Canon Marketing Malaysia president and chief executive officer Liew Sip Chon said the group wasconfident of achieving a 15% market share of the Malaysian digital video market by early 2006, of which it currently holds 10%.

“By aggressively offering consumers with options to store and share high quality images and movies in either Mini DV or DVD format, we are covering our bases in this lucrative market segment, which will propel us towards our target of achieving RM600 million in overall revenues for 2005,” said Liew.

“Our move to enhance the digital video range is part of our commitment to deliver innovative products that meets current consumer's desires to create, manipulate, and control their imaging results.

Combined with better DVD quality and the ability for higher storage, we expect these new DVD camcorders to sell very well.

Canon’s Consumer Imaging and Information Division senior director and general manager Richard Yeow added that the camcorders would appeal to the young and trendy as well as families.

The DC10 and DC20 deliver advanced features for higher quality stills and videos in a stylish, compact and sleek design, he said.

The convenience of sharing images is enhanced with PictBridge technology while USB 2.0 Hi Speed connectivity transfers file rapidly.

“By saving footages directly on DVD, consumers are able to play back immediately as well as have bigger storage,” he said.

The camcorders have 10x optics zoom capability and Canon’s proprietary DIGIC DV imaging processor bring images true to life.

The handy little units also offer a wide variety of Scene modes, high speed continuous shooting of up to 5fps, as well as selectable Drive modes which allow for fuss free and superior image quality in various lighting conditions.

Canon scored a hit with the appointment of the hugely popular Mawi as the brand’s ambassador.

Yeow added that Mawi would be making promotional tours to visit selected Canon retail outlets and would also appear on television advertisements.

“Wherever I have a tour or a show, I would bring along the camera recorder. It is so slim and small that it is easy to carry around,” said Mawi.

Contest with a ‘Mawi’ touch

(The Star - 26/11/2005)

MAWI mania dominated the karaoke competition held in conjunction with the three-day Cinta Sayang Golf Challenge & Carnival 2005 in Sungai Petani.

Twenty-eight participants including four Cinta Sayang Golf & Country Resort’s employees belted songs made famous by Academi Fantasia phenomenon Mawi, such as ‘Gadis Melayu’ and ‘Aduh Saliha’.

There was also a hip-hop dance competition.

The festivities continued yesterday with a 7.30am tee-off for the men’s golf tournament.

More than 100 golfers took part.

Almost 100 children, aged between four and 12, tried to outdo each other in the colouring contest; they painted the carnival’s three mascots, Mickey Mouse, Bee and Cockerel.

Other activities included joyrides on mini superbikes and train rides.

Carnival goers stood to win prizes in numerous competitions such as Thai Kick Boxing, Paintball Target Shooting and a lucky draw.

The carnival ends today with a grand dinner for golfers and their families.

Friday, November 25, 2005

Mawi: Terimalah saya seadanya!

(mSTAR Online - 25/11/2005)
Oleh Zieman

Begitu banyak ujian demi ujian yang terpaksa dilalui oleh Mawi setelah dinobatkan sebagai penyanyi kesayangan ramai.

Mawi...masih boleh tersenyum walaupun sedang dilanda pelbagai dugaan (Foto: The Star)

Mawi ketika ditemui semasa rakaman lagu tema "Hanya Untukmu" untuk filem Pesona Non Grata di Studio Betarecs di keheningan pukul 3 pagi, nampak sedikit murung.

Riak muka Mawi menggambarkan seolah-olah beliau ingin menyendiri.

Setiap patah lagu "Hanya Untukmu" dihayatinya dengan teliti. Di amati setiap bait lagu itu sedalam-dalamnya dan setiap rangkap lagu diulangi sepuas-puasnya dengan tekun.

Sesekali Mawi yang berperwatakan pemalu itu merenung jauh seperti mencari satu ketenangan.

Ketika itu, Mawi di dalam "dunianya", menyendiri di dalam bilik studio rakaman. Tidak ada orang dibenarkan melihat Mawi merakamkan lagu, jauh sekali melihat reaksi mukanya ketika mengalunkan lagu "Hanya Untukmu."

Semuanya akur membiar Mawi berseorangan di dalm studio. Produser filem Ruhani Rahman dan anaknya Syanie hanya berlalu seolah-olah memahami situasi yang Mawi lalui.

Keadaan di studio begitu sepi sekali.

Dari jauh, terdengar lagu dialun oleh Mawi mendayu-dayu sekali. Walaupun pencipta dan penulis lirik Megat Azwar Musa Khatab telah berpuas hati, Mawi tetap meneruskan niatnya untuk mengulangi semula lagu itu.

"Tak cukup feel..." spontan kata itu keluar dari mulut Mawi.

Mawi tunduk dan terus mencapai sebotol air mineral untuk membasahi tekaknya.

Melihat Mawi begitu, timbul rasa belas di hati. Bayangkan pukul 3 pagi, insan seni yang baru bertapak di dunia seni ini masih tercari-cari "feel" untuk menyampaikan lagu "Hanya Untukmu" sebaik mungkin.

Ditambah lagi dengan gelora hati yang tidak tenteram, perasaan yang kacau dan fikiran yang tidak begitu tenteram.

Kebetulan pula, lirik lagu tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang mencari ketenangan.

Mungkin Mawi sedang memikirkan ketenangan yang menantinya di Felda Taib Andak.

Mawi tersenyum pahit apabila ditanya apa yang sedang difikirnya sekarang?

Seolah-olah kemelut "Mawi Fan Club" dimana dua orang jawatankuasa penaja menarik diri ketika pelancaran album sulungnya "Yang di Nanti" berlangsung baru-baru ini, masih jelas dibenaknya.

"Sedih pun ada, lucu pun ada. Tapi inilah dugaan yang harus saya terima. Dugaan ni kecil saja berbanding dengan insan lain yang diduga," jawab Mawi ringkas.

"Saya boleh menerima kritikan dan teguran tapi biarlah dengan cara yang betul. Saya ni manusia biasa." Mawi

Riak wajahnya menunjukkan sedikit kekecewaan tapi Mawi tetap positif apabila diminta komen tentang publisiti negatif yang terpaksa diharunginya sejak akhir-akhir ini.

"Dulu semasa saya mula-mula keluar Akademi Fantasia, saya mengambil masa tiga minggu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Saya dah bersiap sedia menghadapi asam garam dunia hiburan seperti gossip dan fitnah tapi tak sangka pula boleh jadi mendadak macam ni. Insya Allah, Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi semua ini," tegas jejaka yang berasal dari Kulai Johor ini.

Betul ke Mawi telah berubah?

"Memanglah saya dah berubah. (Sambil ketawa) Kehidupan saya jauh berbeza dari dulu tapi saya tetap Mawi yang dulu. Mawi anak peneroka Felda Taib Andak. Rambut saya pun saya cukur sendiri, kadang-kadang kawan saya buat.

"Masalahnya ramai yang gembira dengan kejayaan saya tapi mereka seperti tidak izinkan saya menikmati apa yang saya dapat sekarang. Itulah yang pelik," kata Mawi lagi.

Dengar kata Mawi terpaksa mengahdapi peminat yang banyak kerenah?

"Betullah tu... Adalah seorang dua. Dia hendak saya balas SMS dia, jawab panggilan dia, nak tahu apa saya buat, kat mana, macam-macam lagilah. Saya tak boleh lah ikut kehendak dia, tak kena dengan jiwa saya," ujarnya lagi.

Ada yang kata Mawi masuk kelab malam? Hisap dadah? Macam mana tu?

"Tu fitnah. Tak baik macam tu. Saya tahu apa yang saya buat dan tak buat. Janganlah fikir yang tak baik, berdosa," kata Mawi.

Mawi dah besar kepala? Tak makan nasihat, tak boleh ditegur? Betul ke?

"Saya masih perlukan nasihat orang. Saya boleh menerima kritikan dan teguran tapi biarlah dengan cara yang betul. Saya ni manusia biasa. Bila caranya tak betul, dah jadi macam ni, macam ada satu tekanan," kata Mawi.

Mawi harap penyokong-penyokongnya tidak memandang serong dengan segala tulisan negatif yang dibaca.

"Harap jangan salah anggap cerita-cerita yang tidak betul tentang diri saya. Saya tidak dapat puaskan hati semua orang. Janganlah minta yang bukan-bukan dari saya, terimalah saya seadanya!," ujar Mawi.

Ahli kelab MAWIFC melampau

(Harian Metro - 25/11/2005)
Oleh Rudy Imran Shamsudin

TINDAKAN melampau beberapa ahli kelab peminat terutama membabitkan bintang realiti TV pencarian bakat ternyata dipandang jelek sesetengah pihak.

Ketaksuban yang merasuk diri segelintir anggota ahli kelab ini ada ketikanya menimbulkan rasa kurang senang sehinggakan sampai satu tahap ia menyusahkan pihak lain.

Pergolakan dalam Kelab Peminat Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, MawiFC yang sedang heboh diperkatakan sekarang menjadi bukti.

Pelbagai perkara kurang manis diungkit sehinggakan bagi pihak media ia cukup memalukan apatah lagi Mawi sendiri.

Mengimbas kronologi kontroversi yang timbul membabitkan MawiFC bermula dengan tindakan presiden kelab peminat itu, Mohd Nor Izam Musa bersama setiausahanya, Hasmuni Awi Abdullah melepaskan jawatan masing-masing pada sidang media tergempar bersebelahan majlis pelancaran album sulung Mawi baru-baru ini.

Mereka mendakwa Mawi tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kelab itu sementara Maestro sukar memberikan kerjasama.

Kemudian Pemangku Presidennya Rozita Shahadan, pula dikatakan cuba merampas kuasa dengan melantik dirinya sendiri untuk mengetuai hampir 40,000 ahli kelab itu.

Dalam sidang akhbar khas yang diadakan 21 November lalu, Rozita bersama lapan ahli jawatankuasa lain tidak menafikan kontroversi ini timbul kerana ada antara ahlinya terlalu mengikut perasaan dan mempunyai kepentingan peribadi.

Perkara itu dipersetujui ramai pihak, malah mereka turut disoal wartawan mengenai sikap beberapa ahli yang ada ketikanya tidak rasional dalam tindak-tanduk mereka.

Malah, semasa sidang akhbar berlangsung, ada peminat Mawi turut mengganggu wartawan sedang menjalankan tugas.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Rozita berkata Kelab Peminat MawiFC ini baru saja didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Persatuan namun pengesahannya belum diperoleh lagi.

“Jadi tiada sebarang perlembagaan atau undang-undang dapat dibuat. Kami menyedari mengenai perkara ini dan itulah yang cuba kami elakkan. Buat masa ini kami tidak boleh melakukan apa-apa tetapi sebaik saja kami mendapat pengesahan satu perlembagaan akan dibuat.

“Dalam menyelesaikan masalah seperti pada pandangan saya jalan terbaik adalah kita bermuzakarah. Andai ada apa-apa masalah cuba kita bawa berbincang dan jangan mengambil tindakan terburu-buru.

“Ahli jawatankuasa yang masih menguruskan kelab peminat ini juga akan mengadakan satu mesyuarat khas membabitkan perlembagaan yang harus diwujudkan juga undang-undang yang sepatutnya dipatuhi ahli,” katanya.

Selaku pemangku presiden Rozita turut ditegur mengenai sikap ahlinya yang ada ketika bertindak keterlaluan dengan memaki hamun dan mencaci apabila berbual di laman web MawiFC yang ditubuhkan dan laman web lain.

Mawi: I’m a singer, not Umno or PAS member

(The Star - 25/11/2005)

PENANG: “I am not an Umno member. I am not a PAS member. I am a singer.”

That was what Akademi Fantasia 3 winner Asmawi Ani, better known as Mawi, said to imply that he had no political connection.

“If I am invited to a political function to sing, my presence there is to sing, nothing else,” said the singer after the Muzika Ekstravaganza 2 media conference organised by RTM and Singapore's MediaCorp at the Penang International Sports Arena (Pisa).

The 24-year-old singer was responding to a question about his presence at a recent UPSR excellence award ceremony in Pasir Mas, Kelantan, attended by Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

When told that certain parties might manipulate him for their own interests, Mawi shrugged, saying: “What can I do about that?”

He declined to comment further on discontentment in the Mawi fan club, saying there was no need to blow up the matter.

Muzika Extravanganza 2 is a two-hour concert at Pisa jointly organised by RTM and Mediacorp that will be simultaneously aired live on TV2 and Singapore's TV12 at 8.30pm on Saturday.

The concert follows the first successful Muzika Extravangza held on April 23 in Singapore to strengthen diplomatic ties between the two countries.

Among top veteran and new artistes from Malaysia and Singapore performing are Malaysia's Mawi, Amylea, Ning Baizura, Azlina Aziz, Esther Khoo and Samuel Dass and Singapore's Hetty Sarlene and Khairul Anwar.

Mawi and Marsha at charity dinner

(The Star - 25/11/2005)

AKADEMI Fantasia 3 (AF3) stars, Mawi and Marsha, will be entertaining diners at a charity dinner at Equatorial Hotel on Dec 20.

Organised by Teratak SPA and Zue's Boutique and Salon, the charity dinner will be compered by actress Sheila Rusly.

Co-organiser, Norliza Othman said proceeds from the show would go to the Community Education Centre (PDK) in Damar Laut, a home for disabled children. She said there would also be photography sessions to those wishing to pose with Mawi and Marsha.

Tickets priced from RM100 to RM350 each or 10 tickets for a table are available at Teratak SPA, Bayan Baru (tel: 04-6444121).

Those interested can also contact Zue's Boutique in Jalan Thean Teik, Farlim, Air Itam (04-8263121). The organisers can be contacted at 012-4812121 (Norliza) and 016-4213121 (Zurinah Abu Bakar).

Thursday, November 24, 2005

Gambar Mawi dari Kosmo - 24/11/2005

(Kosmo - 24/11/2005)

Gambar Mawi dari artikel bertajuk 'Kontroversi Mawi FC berakhir'

Album cetak rompak MAWI laris

(Harian Metro - 24/11/2005 - Edisi Selatan)
Oleh Efindi Badarudin


JOHOR BAHRU: Tidak sampai seminggu album Mawi... Yang Tercinta dilancarkan, album terbaru penyanyi paling popular itu dicetak rompak dan dijual secara berleluasa di pasar malam di sekitar bandar raya ini.

Malah tinjauan Harian Metro mendapati album terbaru juara Akademi Fantasia 3 (AF3 ) yang dirakam rompak itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Cakera padat (CD) cetak rompak yang dijual pada harga antara RM5 hingga RM7 sekeping itu bukan hanya memuatkan lapan lagu terbaru Mawi, malah menyelitkan 10 lagi lagu yang pernah dinyanyikannya sepanjang konsert AF3 lalu.

Penambahan 10 lagu ‘bonus’ itu dikatakan menjadi tarikan orang ramai untuk membeli CD cetak rompak sekali gus memberi keuntungan kepada lanun merompak hasil kerja seni Mawi dan pencipta lagunya.

Tinjauan juga mendapati peniaga menjadikan lagu bonus itu sebagai promosi untuk mempengaruhi pembeli yang mahu mendapatkan album terbaru Mawi.

Selain itu, peniaga dikatakan membandingkan album tulen Mawi dengan cetak rompak yang didakwa tiada perbezaan dari segi kualiti.

Peniaga CD cetak rompak di pasar malam juga didapati menggantungkan gambar Mawi selain memainkan lagu penyanyi yang berasal dari Felda Taib Andak, Kulai itu bagi menarik perhatian pelanggan.

Selain pasar malam, album terbaru Mawi yang dicetak rompak itu turut dijual di kedai menjual CD di kompleks beli-belah sekitar bandar raya ini.

Album Mawi... Yang Tercinta adalah karya seni terbaru Mawi yang dicetak rompak. Sebelum ini semua Konsert AF3, album kompilasi lagu Mawi sepanjang Konsert AF3 serta konsert Mawi di Kelantan turut dicetak rompak sama ada dalam bentuk CD dan cakera padat video (VCD).

Sehingga Jumaat lalu, album pertama Mawi yang mendapat sentuhan komposer terkenal M Nasir, Fauzi Marzuki, Yassin dan Ajai sudah terjual 82,000 unit.

Antara lagu terbaru dalam album Yang Tersayang ialah Kian, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Kurnia Tuhan, Di Pintumu, Perempuan, Cinta Hakiki, Aduh Saliha dan Yang Tercinta.

MAWI rai warga kota

(Harian Metro - 24/11/2005)

Mawi...temui peminat di Dewan Perdana Felda, 1 Disember.

PASTINYA Syawal kali ini begitu bermakna buat jejaka bernama Asmawi Ani atau ringkasnya, Mawi, yang meraikan hari mulia itu sebagai artis terkenal tanah air.

Lebih indah, apabila berjaya mencipta nama dalam persada seni tanah air hanya beberapa bulan selepas berakhirnya Akademi Fantasia 3 pada awal Ogos lalu.

Khusus buat peminatnya, pada hari raya ketiga lalu, Mawi mengadakan rumah terbuka di kampungnya, Felda Taib Andak dengan kehadiran lebih 15,000 orang.

Bagaimana pula dengan peminat di ibu kota yang tidak berpeluang beraya bersamanya?

Bagi memenuhi permintaan peminat sekitar Lembah Klang, Mahir Entertainment & Production (MEP) dengan kerjasama Hotlink/Maxis dan Felda D’Saji menganjurkan Rumah Terbuka Mawi di Dewan Perdana Felda pada 1 Disember ini, jam 8 malam.

Selain Mawi, penganjur turut mengundang bekas pelajar AF lain seperti Marsha, Kefli, Amelia, Adam dan Farah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MEP, majlis itu juga sekali dengan pelancaran dan memperkenalkan album sulung bintang itu, Mawi Yang Tercinta yang sudahpun menjengah pasaran.

Kata Pengarah Urusan MEP, Nur Mahiran Yusoff, Mawi turut mendendangkan beberapa lagu popularnya termasuk Aduh Saliha, Gadis Melayu, Seroja, Intifada dan menyanyi secara berkumpulan dengan artis jemputan.

“Persembahan khas itu dijangka berlangsung selama dua jam setengah. Selesai membuat persembahan Mawi dan artis lain akan bermesra dengan peminat.

“Bagi menceriakan lagi suasana, Ogy Ahmad Daud akan diundang sebagai pengacara bersama Zainal Alam Kadir,” katanya.

Kepada yang ingin beraya dengan Mawi, bolehlah membuat tempahan meja pada harga RM3,000 (meja VVIP), RM2,500 (meja platinum - 1 meja atau RM250 seorang) dan RM2,000 (meja emas - 1 meja atau RM200 seorang).

Harga itu termasuk juadah hari raya yang disediakan secara berhidang.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi MEP menerusi talian 03-20293261 atau 017-6655562 (Umie) atau 03-40433212 (Shida/Lynn).

Mawi FC belum dibubarkan

(Utusan Malaysia - 24/11/2005)
Oleh ABD. AZIZ ITAR


KELAB Sahabat Mawi Malaysia (Mawi FC) tidak akan dibubarkan biarpun Presidennya, Mohd. Nor Izam dan Setiausahanya, Hasmuny Awi Abdullah meletakkan jawatan pada 16 November lalu.

Menurut Timbalannya, Rozita Shahdan, kelab itu akan meneruskan aktivitinya seperti biasa bagi menyokong kerjaya juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi dalam bidang seni.

"Antaranya kami akan membuat laporan jika mengetahui album Mawi dicetak rompak. Para ahli kelab ini akan membeli album Mawi bagi membantu melariskan jualannya.

"Walaupun ahli kelab ini hanya 40,000 orang tetapi kami harap album Mawi boleh dijual hingga 300,000 unit,'' kata Rozita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan kedudukan yang berlaku dalam Mawi FC hingga menyebabkan presiden dan setiausahanya menarik diri.

Penarikkan diri dua tonggak penting Mawi FC itu mengejutkan ramai peminat Mawi hingga timbul khabar angin mengatakan kelab itu diambang pembubaran.

Mohd. Nor Izam dan Hasmuny mengumumkan perletakkan jawatan sewaktu pelancaran album sulung Mawi berjudul Mawi... Yang Tercinta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL Rabu lalu.

Jelas Rozita, Mawi FC kini sedang dalam proses pendaftaran untuk menjadikannya sebagai sebuah kelab yang sah di sisi undang-undang.

"Kami sudah membuat permohonan untuk mendaftarkan Mawi FC menerusi Pertubuhan Pendaftaran pada 27 Julai lalu.

"Selepas permohonan itu diterima nanti kami akan membuat pemilihan bagi melantik Presiden dan ahli-ahli jawatankuasanya yang baru," ujarnya

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Penolong Setiausaha Mawi FC, Shareen Emelia Ramli, Bendahari, Mardiana Nordin serta tiga ahli jawatankuasanya iaitu Mohammed Rashiddi Shariful Azman, Azwanddin Hamzah dan Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara.

Mawi bagaimanapun tidak dapat hadir kerana menjalani rakaman program Misi Suara Hati di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mawi pays the price for fame

(The Star - 24/11/2005


Mawi, the most endearing Akademi Fantasia winner, has learned that while his path in the music industry is lined with sweet-smelling roses, he has to also deal with the thorns. The singing sensation speaks to ZIEMAN about his frustrations and predicaments.

HE came to Akademi Fantasia as a raw talent who found it awkward to even take a few dance steps. Within three months, however, he became the nation's hottest celebrity.

His voice and his image is almost everywhere: on radio and television, on stage, on magazine covers and on billboards. Even politicians want to rub shoulders with the 24-year old son of a Felda settler in Kulai, Johor.

But fame has its price and the third season winner of the popular talent search has found that even his die-hard fans could be destructive when their support takes a fanatical turn.

They have demanded who should and should not be pictured with him and insisted that the pop sensation should reply to their phone calls and SMSes.

“A few turned ugly, demanding to know my daily schedule,'' he said.

“When I told them to be more understanding of my punishing schedule, they ticked me off with a reminder that I would be a nobody without their support.”

The singer, whose real name is Asmawi Ani, was reluctant to divulge more on the issue but it is understood that some fans resorted to a smear campaign against him when he could not meet their demands.

They had touched on his private life, with allegations that he had spent a night with his fiancée 21-year-old Nor Diana Mohd Naim, and stirred a controversy regarding an alleged low turnout at a concert in Terengganu.

Last week, on the sidelines of the launch of his debut album Mawi, Yang Tercinta at the Putra World Trade Centre, several pro-tem officials of his fan club announced they were stepping down.

The media initially reported that pro-tem club president Mohd Nor Izam Musa was resigning with five other key officials. However, it is learnt, only Mohd Nor and one other official from the nine-member pro-tem committee had withdrawn from the Mawi Fan Club.

The singer is keeping his fingers crossed that with a new-line up in his fan club “everything will go back to how it was before.”

Interviewed by Mstar, the Malay news portal of The Star, a cool Mawi said he was accepting all that was happening as fate.

Asked about rumours that he is a drug addict and went clubbing, he replied: “These are slanderous accusations. I know what I did and what I didn't do. I hope my supporters don't misjudge me.

“At the same time, please don't expect too much of me. I am what I am.”

Mawi has kept a clean and pious image that had endeared him to many Muslims.

Now riding high with the M. Nasir-penned Aduh Saliha, Mawi said he realises that he has had no privacy since walking away as Akademi champ in August. He is, however, slowly learning to cope with his new-found fame.

“I am plodding on but I realise I have to be more careful with my actions and with what I say. I do not want to be misconstrued,” he said.

The artiste, who has started recording Hanya Untukmu, the theme song of the upcoming movie Persona Non Grata, added: “I am destined to be tested again and again and that is how it’s going to be.

“I am still the same Mawi, the kampung boy from a Felda scheme.

“My lifestyle has changed but deep down, I am the same old Mawi.”

View the interview with Mawi
at www.mstar.com.my

MAWI (Kartun)

(Harian Metro - 24/11/2005)

MAWI - oleh Zul


Wednesday, November 23, 2005

Sidang media Mawi panas!

(mSTAR Online - 23/11/2005)

Sidang media Mawi kelmarin menjadi hangat apabila sebahagian dari peminat artis itu mencampuri urusan sidang media yang sedang berlangsung untuk menjernihkan keadaan antara Kelab Penyokong Mawi (Mawi FC) dan pihak pengurusan, Maestro Talents.

Majlis itu yang dihadiri oleh ramai wakil media bermula dengan tenang dimana soalan yang dikemukan adalah berkisarkan soal pembubaran Mawi FC.


Nadi kepada pejuangan Mawi merupakan peminatnya. Tetapi, perlukah anak muda ini bertungkus-lumus untuk menjaga hati peminat-peminatnya itu? (The Star)

Akan tetapi suasana menjadi agak tegang apabila seorang "peminat" meninggikan suara dan menyuruh seorang wartawan mengulangi soalannya. Gesaan itu membuat wartawan tersebut, yang duduk bersama sekumpulan wartawan lain di sebelah kanan ruang bilik persidangan, marah dan bermulalah perang 'mulut' antara beberapa orang yang hadir.

Perang mulut itu menjadi semakin berunsur peribadi apabila seorang wartawan menegur kelakuan ramai peminat Mawi terhadapnya dan memanggilnya dengan nama-nama yang jelik.

Beberapa wartawan dari kelompok yang sama pula terus-menerus mengkritik pihak peminat Mawi yang dikatakan telah berkelakuan biadap dan taksub terhadap Mawi sampai menghendaki Mawi membuat perkara yang bukan-bukan untuk mereka.


Mawi bersama tunangnya... Ada sesetengah peminat Mawi tidak inginkan penghibur itu untuk berkahwin (The Star)

Dalam kekecohan itu seorang dari peminat lelaki Mawi bangun dan merayu ketua eksekutif Maestro Freddie Fernadez untuk tidak membenarkan artis kesayangannya itu berkahwin.

Mujurlah Fernandez boleh bersenda lalu menjawab secara berseloroh bahawa bab berkahwin itu adalah "hak peribadi Mawi dan dia akan tentukan kalau dia nak kahwin ataupun tidak."

Gambar Mawi dari The Malay Mail - 23/11/2005

(The Malay Mail - 23/11/2005)
Gambar Mawi dari artikel bertajuk 'SIMPLY MAWI-LOUS'


POPULAR: (From left) Liew, Mawi, Yeow and Wong displaying the Canon DC10 and DC20 camcorders at the launch

Gambar Mawi dari Kosmo - 23/11/2005

(Kosmo - 23/11/2005)
Gambar Mawi dari artikel bertajuk 'Kamera video digital ternipis, terkecil dunia'


Mawi selaku Duta canon menunjukkan kamera digital terkini syarikat itu di Kuala Lumpur semalam

MEP anjur rumah terbuka pelajar Akademi Fantasia

(Berita Harian - 23/11/2005)
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


ISTIMEWA: Mawi dan Adam dijangka bertemu peminat pada rumah terbuka anjuran MEP di Dewan Perdana Felda.

MESKIPUN hebat dilanda dugaan, namun hakikat yang tidak mampu ditepis adalah Mawi masih punya pengaruh yang kuat. Justeru, bukan perkara menghairankan apabila anak muda itu terus menjadi rebutan penganjur acara.

Kerjasama juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu dengan Mahir Entertainment & Production (MEP) bukan kali pertama. Beberapa bulan lalu, Mawi digandingkan dengan Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah dalam sebuah konsert anjuran syarikat berkenaan.

1 Disember nanti, sehari sebelum Syawal berakhir, Mawi akan menjayakan sebuah lagi persembahan istimewa. Ditampilkan dalam konsert khas - Konsert Aidilfitri Di Rumah Terbuka Mawi & Artis AF yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, jam 8 malam.

Konsert anjuran MEP dengan kerjasama Hotlink/Maxis dan Felda D’Saji ini adalah sempena meraikan sambutan Aidilfitri bersama peminat. Di samping itu, akan turut diadakan majlis pelancaran dan memperkenalkan album sulung Mawi, Yang Tercinta yang berada di pasaran 7 November lalu.

Rumah terbuka Mawi terlebih dulu diadakan di kampung kelahirannya, Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada raya ketiga lalu dan dihadiri lebih 15,000 peminat.

Namun, ramai yang tidak berpeluang untuk turut serta selain dapat beramah mesra dengan lebih dekat kerana masih berada di kampung halaman sendiri meraikan Aidilfitri.

“Dengan adanya Rumah Terbuka Mawi di Dewan Perdana Felda nanti, MEP menjanjikan peminat untuk dapat bersama penyanyi popular itu dalam suasana santai dan akrab.

“Sambil menikmati juadah menyelerakan, tentu lebih bermakna apabila penyanyi itu membawakan rangkaian lagu terbaru daripada album pertamanya.

“Lebih menarik tetamu tidak akan pulang tangan kosong kerana pelbagai hadiah istimewa menanti termasuk poskad dan poster Mawi,” kata Pengarah Urusan MEP, Nor Mahiran Yusoff.

Bagi memeriahkan konsert berkenaan, MEP turut mengundang beberapa bintang AF lain iaitu Marsha, Kefli, Amylea, Adam dan Farah untuk bersama menjayakannya.

“Mawi bersama bintang AF2 dan AF3 dijangka mengadakan persembahan khas selama lebih dua jam serta sedia meluangkan masa untuk melayani peminat selepas persembahan berakhir,” katanya.

Pada acara yang menampilkan Zainal Alam Kadir dan Fauziah Ahmad Daud sebagai pengacara, Mawi akan menyanyikan lagu yang banyak memberi kenangan manis kepadanya.

Antara lagu adalah Aduh Saliha, Gadis Melayu, Seroja, Intifada selain berduet bersama artis jemputan.


Fakta: Konsert Aidilfitri di rumah Terbuka Mawi dan Artis AF

Harga meja untuk 10 tempat duduk:
  • Meja VVIP : RM3,000
  • Meja Platinum : RM2,500
  • Meja Emas : RM2,000

  • (Harga termasuk juadah hari raya yang disediakan secara berhidang)


    Tempat: Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

    Waktu: 8.00 malam

    Anjuran: Mahir Entertainment & Production (MEP)

  • Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi MEP di talian 03-20923261 (Umie), 017-6655562 atau 03-40433212 (Shida/Lynn).
  • Maestro tak kontrol Mawi

    (Harian Metro - 23/11/2005 - Interaksi)

    PADA mula kemunculan Asmawi Ani dalam arena muzik selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ke-3 begitu diterima baik peminat.

    Namun selepas tiga bulan, satu persatu berita kurang enak mengenai peribadi termasuk tingkah laku anak Felda Taib Andak itu mula menjadi perbualan hangat masyarakat.

    Bagaimanapun Mawi boleh dikatakan bertuah apabila segala perbuatannya itu mampu disembunyikan kerana segala soalan untuknya sering ditangkis pihak pengurusan, Maestro Talent Management Sdn Bhd (Maestro).

    Disebabkan itu, anak muda berusia 24 tahun ini dianggap sebagai lubuk emas bagi Maestro memandangkan bintangnya semakin menyinar berbanding artis lain.

    Justeru, perhatian berlebihan yang diperoleh Mawi membangkitkan rasa tidak puas hati ahli Kelab Sahabat Mawi (MawiFC) hingga menyebabkan dua pertiga daripada ahli jawatankuasanya mengambil keputusan mengundur diri.

    Selain itu, tindakan Maestro yang dikatakan terlalu menjaga kepentingan Mawi turut menjadi salah satu faktor menyebabkan segelintir bintang Akademi Fantasia (AF) yang lain berasa terpinggir.

    Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Ikuti penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Meastro, Freddie Fernandez kepada wartawan Harian Metro, Norhadiani Baharom.


    SOALAN (S): Bagaimana kehidupan seharian anda apabila dihimpit pelbagai kontroversi membabitkan Maestro?

    JAWAB (J): Tugas seharian berjalan seperti biasa dan agak sibuk bukan kerana kontroversi, tetapi terlalu banyak undangan perlu dipenuhi, lebih-lebih lagi sekarang ini pelbagai musim perayaan, cuti sekolah dan pesta yang diadakan di seluruh negara.


    S : Jika tidak keberatan boleh ceritakan sedikit perkembangan bintang AF yang lain?

    J : Mereka semua ada kegiatan masing-masing walaupun ditenggelami fenomena dan kisah Mawi. Jangkaan saya selepas selesai promosi album Mawi, Yang Tercinta, ruang untuk bintang AF yang lain menyerlah sangat cerah.

    Sekarang ini Maestro sedang rancak merancang menerbitkan album Felix, Amylea dan Marsha termasuk giat mempromosikan single lagu bintang AF yang lain di radio.


    S: Apa benar wujud rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Maestro oleh sebilangan besar bintang AF?

    J: Jika benar ada yang tidak puas hati saya mengalu-alukan mereka berbincang supaya pihak kami dapat melanjutkan kerjaya seni mereka dengan memperbanyakkan aktiviti persembahan. Pun begitu, pihak kami hanya dapat membantu sedaya termampu manakala selebihnya kami serahkan pada masyarakat dan penganjur.


    S: Program Marhaban di Astro tidak lama dulu, Mawi ditemani tidak kurang tiga wakil Maestro dan juga lima pengawal keselamatan, tetapi bakat lain seperti Zahid, Kaer, Fitri dan Bob dibiarkan sebegitu tanpa sebarang pengawasan.

    J: Pengurus yang dipertanggungjawabkan sepatutnya bertugas bukan untuk menjaga Mawi seorang saja, sebaliknya semua bintang AF. Tetapi apabila Mawi pergi ke satu-satu tempat pasti ramai yang mengerumuninya hingga memaksa semua pekerja terpaksa membuat kawalan ketat, jadi tumpuan itu nampak diberikan lebih padanya.

    Bagi saya bintang AF seperti Zahid, Fitri, Kaer dan Bob mereka lebih bijak mengawal diri di khalayak memandangkan pengalaman mereka.


    S: Mengapa ada segelintir peserta lain kurang mendapat perhatian? Adakah kerana Maestro tidak memberi peluang atau nama mereka tidak menjadi pilihan penganjur?

    J: Tidak menjadi pilihan penganjur adalah salah satu punca yang menyebabkan mereka sukar memperkembangkan kerjaya. Atas rasa tanggungjawab, kami sebagai pihak pengurusan cuba menyelitkan nama mereka untuk beberapa persembahan walaupun tawaran itu sebenarnya mahukan bintang lain. Namun, pertolongan sebegini tidak boleh kami lakukan selalu kerana perlu memenuhi permintaan pelanggan.

    Ada sesetengah penganjur mungkin tidak kisah, tapi ada juga yang mahukan seorang saja, jadi kami terpaksa mengikut kehendak mereka. Justeru, selagi dapat membantu kami cuba memberi bantuan, misalnya promosikan lagu dan album, selitkan nama mereka dalam program hiburan seperti Juara Lagu selain membawa bintang-bintang ini memenuhi aktiviti anjuran Maestro sendiri.


    S: Mengenai komisen 25 peratus dan 30 peratus yang diambil dari persembahan artis, mengapa Maestro masih mengenakannya biarpun tawaran persembahan itu diperolehi atas usaha bintang AF sendiri?

    J: Dakwaan cari persembahan sendiri sesuatu yang agak pelik kerana mengikut prosedur kontrak mereka tidak dibenarkan menerima apa-apa undangan tanpa pengetahuan Maestro kerana semua persembahan perlulah melalui kami. Penganjur mahupun artis harus menghormati syarat dan kontrak yang sudah dimeterai.

    Soal komisen 25 dan 30 peratus itu, pihak Maestro mengenakannya sebagai caj atas perkhidmatan yang diberikan. Duit ini bukan untuk kepentingan individu, sebaliknya masuk ke dalam akaun syarikat dan ia bertujuan membayar wang pekerja yang menjadi orang tengah menentukan harga, menyediakan kontrak, menghantar pengurus dan berurusan dengan penganjur mengenai konsep persembahan. Komisen yang diperolehi juga untuk membayar kemudahan pejabat yang digunakan.


    S: Bersangkutan isu yang sama, ada segelintir Bintang AF mendakwa mereka tidak ditemani pihak pengurusan Maestro ketika memenuhi undangan persembahan? Benar atau tidak?

    J: Saya tidak pernah dengar pula cerita ini. Bagaimanapun saya tidak nafikan jika semua pengurus terlalu sibuk Maestro memberi kepercayaan kepada artis menghadiri sendiri undangan persembahan. Namun, ia jarang berlaku kecuali keadaan terdesak.


    S: Maestro dikatakan mengambil ringan aduan pihak pengurusan sendiri seperti Mawi FC yang letak jawatan, namun masih sudi berbincang untuk mempertahankan kelab itu asalkan tanpa Ketua Pengurusan Artis, Aman Ali, yang dikatakan merosak pemikiran Mawi?

    J: kami tidak terima syarat sebegitu atau mendengar desakan dari mana-mana 'fan club' termasuk Mawi FC kerana kita punya pasukan tersendiri untuk mengendalikan aktiviti untuk artis naungan.


    S: Pihak anda mengendalikan Mawi sejak mula dan apakah yang menyumbang pada perubahan sikapnya? Adakah semua ini disebabkan Maestro terlalu memanjakannya atau dia sendiri terkena kejutan budaya?

    J: Hampir semua majlis yang membabitkan Mawi saya pergi, dia tidak pernah berubah seinci pun. Sikapnya masih sama seperti mula-mula keluar AF, cuma dia seorang yang pemalu dan pendiam hingga dituduh macam-macam. Bagi dia masa untuk belajar kerana dia terlalu baru untuk menerima perubahan besar dalam hidupnya.


    S: Sejauh mana anda memberi jaminan Mawi akan terus bertahan dalam industri ini?

    J: Untuk bertahan asasnya adalah bakat. Saya lihat Mawi ada suara dan penampilan yang baik atas pentas. Dia juga semakin bijak mengawal pentas dan berlawak dengan penonton. Saya kira dengan pendedahan dan pengalaman dia boleh menjadi penghibur satu hari nanti asalkan pandai mengatur langkah dan menjalankan kerja dengan sempurna.


    S: Apa nasihat anda untuk Mawi?

    J: Bertenang dalam menghadapai sebarang situasi yang menguji. Dia kena faham inilah pengorbanan yang perlu dibayar orang sepopularnya. Saya yakin dengan kesabaran, Mawi dapat atasi apa juga dugaan selain mengekalkan sikap rendah diri serta memahami perasaan orang sekelilingnya.

    Maestro rep in fan club soon

    (The Malay Mail - 23/11/2005)
    JOE LEE

    Maestro Talent and Management plans to have its representative in a fan club to safeguard both the name of its artistes and the club.

    Maestro chief executive officer Freddie Fernandez said this would ensure better cooperation between the club and Maestro.

    “We have considered that before. Perhaps it is now time to go ahead with it,” he said.

    The move will also enable Maestro to detect possible dissatisfaction and dissent in the ranks, he added.

    With the move, Freddie believes the dissolution of the Mawi Friends Club, or Mawi FC, last week would not be repeated.

    “We will not interfere with the running of the fan club, but we hope that with first-hand reports from our representative, things will be smooth flowing after this,” he said after a Press conference yesterday held by the remaining pro-tem committee members of Mawi FC.

    In the hour-long session, the members explained that the resignation and the dissolution of the club would not affect the club’s application with the Registrar of Societies (ROS).

    Member Rozita Shahadan said: “The remaining pro-tem committee members agreed that we should continue our endeavour for the sake of championing Mawi’s cause in this industry.

    “We thank those who have stepped down for their invaluable service and contributions to the club and we hope they will continue to support Mawi and his career.

    “We also welcome their ideas for the good of Mawi’s career.”

    Mawi FC’s legal advisor Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara said the club’s application with the ROS is in its final stages of approval.

    Tuesday, November 22, 2005

    Mawi "selamat" cubaan mahu menjatuhkannya

    (mSTAR Online - 22/11/2005)

    Kuala Lumpur: Fenomena “Mawi” nampaknya akan bertahan terus berikutan terjalinnya persefahaman di antara pihak pengurusan dan kelab penyokong artis tersebut.

    Semalam Naib pengurusi Kelab Penyokong Mawi (Mawi FC) Rozita Shahadan mengumumkan bahawa kelab tersebut tidak akan di bubarkan dan mahu menyokong Mawi seterusnya.

    "Mawi FC boleh menyumbangkan tenaga ke arah kejayaan Mawi seperti memberi pendapat untuk meningkatkan persembahan Mawi,” katanya dalam sidang akhbar.

    Pihak pengurusan Mawi, Maestro Management pula akan terus membantu kelab tersebut dalam menjalankan aktivitinya bersama artis tersebut.

    “Kami dapat membantu Mawi FC untuk mendapatkan 'sponsorship' bagi aktiviti-aktiviti kelab ini," kata Ketua eksekutif kumpulan Maestro Freddie Fernandez.

    Mawi bagaimanapun tidak hadir di majlis tersebut.

    Baru-baru ini, gara-gara percanggahan pendapat dalaman antara bekas pengerusi kelab tersebut, Mohd. Nor Izam dan pihak Maestro telah mengundang rasa resah baik peminat Mawi dan artis tersebut.

    Mohd Nor pula telah mengeruhkan keadaan dan "menentang" Mawi secara terbuka dengan mengadakan sidang akbar sejurus selepas pelancaran album sulung artis itu dan mengumumkan akan membubarkan kelab penyokong artis itu.

    Walaubagaimanapun Fernandez mengharapkan tiada lagi rungutan dan permintaan yang bukan-bukan dari peminat kepada artis itu.

    "Janganlah minta nombor telefon bimbit Mawi. Tak kan dia nak beri? Bayangkan, beratusan 'misscalls' yang bakal dia terima dalam sehari. Mampus nanti," kata Fernandez.

    Kontroversi atau tidak, album Mawi tetap laris. Setakat ini lebih daripada 75,000 album telah terjual.

    Sound kurang memuaskan

    (Harian Metro - 22/11/2005)

    JUDUL: Mawi...Yang Tercinta
    ARTIS: Mawi
    GENRE: Pop Etnik


    LUPAKAN seketika mengenai pergeseran yang berlaku di kalangan beberapa ahli jawatankuasa Kelab Sahabat Mawi FC mahupun isu mengenai tempoh penghasilan album solo pertama Mawi ini yang dianggap sebagai terlalu singkat.

    Persoalannya, apakah penghasilan keseluruhan produksi album ini mampu dianggap sebagai yang terbaik sekalipun ditangani nama yang cukup hebat di dalam industri?

    Mungkin juga saya silap tetapi saya rasa seperti ada sesuatu yang agak kurang di dalam album ini.

    Kekurangan itu bukanlah dari sudut himpunan karya yang menggabung-kan khidmat empat komposer hebat tempatan dalam album ini iaitu M Nasir, Fauzi Marzuki, Ajai serta Yasin.

    Sebaliknya, ia lebih kepada 'sound' yang terdapat dalam album ini. Saya rasa jika 'sound' lebih dititik-beratkan dalam album ini, Mawi...Yang Tercinta pasti akan memberikan lebih kepuasan kepada pendengar.

    Lagipun apalah ertinya penerbitan sesebuah album, jika ianya mempunyai kekurangan dari sudut ini sedangkan lagu, komposer serta penyanyi yang ditampilkan adalah hebat-hebat belaka?

    Ok. Terus kepada album. Track pertamanya dimulakan dengan lagu ciptaan Fauzi Marzuki berjudul Kian.

    Selepas mendengar lagu ini beberapa kali, saya sebenarnya agak kecewa dengan Fauzi kerana saya tahu dia boleh menghasilkan lagu yang lebih hebat berbanding Kian.

    Namun, Kian masih tergolong dalam lagu tipial balad yang sedap di halwa telinga masyarakat kita.

    Ajai menerusi Kurnia Tuhan tampil dengan lagu adunan pop nasyid yang memiliki susunan muzik moden tetapi cukup menarik dan catchy.

    Manakala Yasin pula masih terus bereksperimentasi dengan elemen timur tengah yang funky dalam lagu Cinta Hakiki. Bagaimanapun saya masih menyukai lagu Berkobar-kobar yang dihasilkan untuk Vince.

    M Nasir sendiri tampil menerusi lima lagu dalam album ini iaitu Lagu Jiwa Lagu Cinta, Di Pintumu, Yang Tercinta, Perempuan serta Aduh Saliha.

    Selain Aduh Saliha,Perempuan serta Lagu Jiwa Lagu Cinta yang turut menampilkan Mawi secara duet bersama komposer itu juga cukup menambat hati.

    Pun begitu, di antara ketiga-tiga lagu ini, pilihan utama saya ialah Perempuan kerana lagu ini melengkapi sebagai karya yang hebat.

    RAGAM (Kartun)

    (Harian Metro - 22/11/205)

    RAGAM - Oleh ABC Deen

    Macam-macam (Kartun)

    (Kosmo - 22/11/2005)

    Macam-macam - oleh NAMSO

    Maestro pantau Mawi FC

    (Harian Metro - 22/11/2005)


    SEPAKAT...Freddie (kiri) dan AJK Mawi FC pada sidang media, semalam - Gambar SURIANIE MOHD HANIF

    KUALA LUMPUR: Bagi memastikan perjalanan kelab peminat juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi (Mawi FC) tidak menimbulkan masalah kepada penyanyi itu, syarikat pengurusannya Maestro & Talent Management akan memantau segala aktiviti ahli jawatakuasanya.

    Tindakan itu diambil berikutan Presiden Mawi FC, Mohd Nor Izam Musa, bersama setiausahanya, Hasmuni Awi Abdullah, melepaskan jawatan masing-masing pada sidang media tergempar pada majlis pelancaran album sulung Mawi, Rabu lalu.

    Mereka mendakwa Mawi tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kelab itu sementara Maestro sukar memberikan kerjasama.

    Bagi menenangkan keadaan, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez dan Pemangku Presiden Mawi FC, Rozita Shahadan mengadakan sidang media, disini, semalam.

    Menurut freddie, pihaknya akan menempatkan seorang wakil dalam kelab itu tidak lama lagi.

    "Kita tidak mahu kejadian pada majlis pelancaran album yang diatur ahli kelab sendiri bertukar menjadi medan pelepas perasaan dengan mengadakan sidang akhbar lain.

    "Ini kerana memberikan implikasi buruk bukan saja pada Mawi tetapi ahli kelab. Perkara berlaku benar-benar memberi pengajaran kepada pihak Maestro dan bagi mengelak perkara sama berulang tindakan drastik perlu diambil.

    "Selepas Mawi FC mengadakan mesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa baru, kami mengambil peluang untuk duduk berbincang dengan memikirkan cara terbaik agar kontroversi dapat dielakkan.

    "Mereka bersetuju agar Maestro menempatkan seorang wakil dalam kelab peminat ini", katanya.

    Bagaimanapun, Freddie menjelaskan tidak bermakna Maestro mengawal aktiviti Mawi FC, sebaliknya sebagai pemerhati.

    "Kita tidak akan mencampuri urusan mereka, sebaliknya hanya melihat apa yang mereka lakukan sebagai contoh, setiap kali mesyuarat, wakil kami harus ada bersama," katanya.

    Sementara itu, Rozita yang dituduh cuba merampas kuasa, mendakwa 'agenda peribadi' menjadi punca kepada kemelut itu yang tidak perlu dipanjangkan.

    Bagi pihak lapan lagi ahli jawatankuasa penaja, katanya, Mawi FC tidak perlu dibubarkan.

    "Lagipun Mawi FC belum wujud secara sah kerana proses pendaftarannya masih lagi berjalan dan kami mengharapkan memperoleh pengesahannya daripada Pejabat Pendaftaran Persatuan dalam waktu terdekat," katanya.

    MAWI pikul tugas berat

    (Harian Metro - 22/11/2005)
    Oleh Norhayati Nordin


    MASA yang ditunggu sudah tiba. Kini, pembaca setia akhbar Berita Harian dan Berita Minggu berpeluang memilih artis paling layak bergelar Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005.

    Pastinya cabaran tahun ini amat sengit. Apa tidaknya, peminat terpaksa membuat pilihan antara Siti Nurhaliza dan Mawi. Ini kerana kedua-dua bintang popular itu dicalonkan dalam pertandingan kali ini.

    Ternyata kehadiran Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 24, seakan mencetus fenomena baru dalam arena hiburan tempatan masa kini. Sebaik meraih gelaran juara Akademi Fantasi 3 (AF3) Ogos lalu, rezeki anak muda ini semakin bertambah dan terbaru muncul dengan album sulungnya, Mawi Yang Tercinta.

    Justeru, peminat kini mempunyai peranan berat untuk memilih siapakah bintang paling popular kerana semuanya berada di tangan mereka. Namun, usah lupa dengan kehadiran dua pelakon terkenal iaitu Rosyam Noor dan Saiful Apek yang turut memberi saingan sengit.

    Apapun, lebih 600 nama artis dicalonkan dalam ABPBH 2005 ini untuk merebut 16 anugerah disediakan. Sehubungan itu, pembaca dan peminat boleh memulakan undian mereka pada Isnin ini sehingga 26 Disember nanti.

    Kempen ABPBH 2005 ini dilancarkan Pemangku Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Hishamuddin Aun, Jumaat lalu.

    “Tidak dinafikan, ABPBH kini menjadi majlis pengiktirafan mutlak yang paling ditunggu-tunggu semua. Sama ada peminat, pembaca mahupun artis serta warga industri hiburan sendiri.

    “Selain berteraskan populariti, ABPBH satu-satunya anugerah yang mengiktiraf industri hiburan merangkumi bidang muzik, filem dan penyiaran secara serentak. Ini termasuk mengiktiraf wajah popular dalam bidang nyanyian, lakonan serta personaliti stesen TV dan radio,” katanya.

    Dalam ucapannya, Hishamuddin berkata, bagi ABPBH 2005 ini, satu kategori turut dimansuhkan iaitu Artis Bukan Melayu Popular. Malah, perkataan video cakera padat (VCD) juga digugurkan daripada kategori Pelakon TV memandangkan penurunan penghasilan VCD tempatan tahun ini.

    Beliau berkata, pencalonan tahun ini dibuka kepada semua warga seni tempatan berdasarkan hasil kerja mereka melalui album, filem, drama, program TV dan radio yang dikeluarkan atau ditayangkan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2005.

    Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Aziz Bakar, Pengarang Eksekutif (Rencana) BHSB yang juga Penasihat 1 ABPBH 2005, Mustapa Omar, Pengarang Hiburan Berita Harian/Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2005, Hanizam Abdullah dan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan & Rekreasi TV3, Azhar Borhan.

    Selain itu, kehadiran beberapa artis terkenal dan yang pernah memenangi anugerah dicalonkan turut memeriahkan majlis sidang media berkenaan. Antaranya Rosyam Nor, Sheila Rusly, Raja Azura, Eja, Zahid, Ety Fahana, Saiful dan Nikki.

    Kategori yang dicalonkan ialah Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Berkumpulan Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Artis Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

    Kepada orang ramai yang berminat untuk memilih, ia membabitkan dua fasa borang yang akan disiarkan dua hari berturut-turut. Borang 1 pada hari pertama manakala Borang 2 untuk hari kedua secara berselang-seli.

    Yang Tercinta Mawi meletup!

    (Berita Harian - 22/11/2005 - Propa)
    Oleh CK

    CERITA fasal album Kak Pah yang dijual di Singapura, CK dapati, album studio Mawi yang pertama, Yang Tercinta juga sedang laris di pasaran sekarang.

    Mana tidaknya, baru saja dilancarkan minggu lalu, album itu sudah pun terjual melebihi 82,000 unit. Ha, jumlah itu baru sampai Jumaat lalu. Hari ini, entah berapalah agaknya ya.

    Memang murah rezeki budak Felda Taib Andak, Kulai tu, walaupun perjalanan seninya kini turut dihiasi onak dan duri. Yalah, belum apa-apa lagi, pemimpin kelab peminat pula tidak puas hati sampai undur diri.

    Nasib baik Mawi cool saja menghadapi semua itu. Pada masa yang sama, Mawi pun mungkin boleh dengar juga pandangan yang baik daripada pihak yang menegurnya. Tidak kiralah siapa beri nasihat, asalkan baik, kita terima.

    Oh, cerita mengenai albumnya itu, CK cukup suka lagu Perempuan, Yang Tercinta dan Lagu Jiwa Lagu Cinta. Rasa macam nak bergoyang sama. Ewaaah!

    Suka biarlah berpada-pada, sayang perlu ada hadnya!

    (Berita Harian - 22/11/2005 - Kata Teman)
    Oleh Hanizam Abdullah

    MAAFLAH kalau pembaca budiman mencari-cari catatan teman semalam.

    Teman demam gara-gara banyak sangat makan ketupat, lemang dan rendang.

    Baiklah, tinggalkan saja cerita demam teman tu kerana tak ada signifikan dan impak dalam dunia hiburan tanah air yang kembali hangat dengan cerita dua majlis anugerah yang akan mengiktiraf kerja kreatif artis dan penggiat seni kita iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005) dan juga Juara Lagu edisi ke-20 (AJL20)

    Untuk kedua-dua majlis ini jangan pembaca budiman tak tahu, akhbar teman Berita Harian dan juga stesen televisyen paling popular TV3 akan terus bekerjasama untuk mempromosikannya bagi memastikan ia terus menjadi majlis gah dan berprestij. Iyalah... dah cerita adik-beradik memanglah kena saling bekerjasama.

    Menariknya mengenai ABPBH ia menyerahkan tugas menobatkan artis mana yang layak bergelar Bintang Paling Popular di tangan pembaca budiman. Bukan bos teman, bukan teman dan warga kerja Hip, Bintang Popular atau pihak Persatuan Akademi Industri Muzik yang akan tentukan tetapi anda sendiri. Anda berhak untuk menentukan siapa yang sewajarnya diletakkan di kedudukan paling atas sekali. Jadi cepat kum pul dan hantar borang undian. Ingat wajib dikepilkan sekali Borang 1 dan Borang 2 jika tidak penyertaan tak diterima.

    Oh ya... terlebih dulu hangat dalam dunia hiburan sejak akhir-akhir ini ialah kecoh peminat Mawi. Lalu ia mengundang panggilan daripada Amir. Bukan Amir Khan tetapi Amir pembaca setia akhbar teman yang juga peminat setia Mawi.

    Minggu lalu, beriya-iya Amir berkongsi kesedihannya dengan teman apabila mendengar pelbagai cerita negatif mengenai idolanya itu.

    Minggu ini pula, Amir sekadar mahu berkongsi pendapatnya mengenai tindakan sesetengah orang kuat dalam Mawi FC itu yang meletak jawatan ekoran tidak lagi sependapat dengan Mawi dan beberapa kakitangan Maestro Talent.

    Biarpun tidak berapa berkenan dengan reaksi Mawi mengenai perkara itu tetapi Amir tidak setuju dengan cara dan tindakan mereka.

    “Takkan tak ada hari lain mereka nak letak jawatan Kak Cham? Kenapa pilih pada hari Mawi hendak lancar album sulungnya itu. Lepas tu guna pula majlis orang lain untuk adakan sidang akhbar. Saya kecewa dengan cara mereka itu.

    Memang tak baik betul. Itu bukan sokong Mawi tetapi nampak macam nak bunuh kerjaya Mawi saja,” katanya yang mengaku akan terus mengundi dalam pencalonan awal Mawi untuk ABPBH2005.

    “Tak salah nak letak jawatan kalau sudah tidak sehaluan lagi. Orang yang sudah berkahwin pun akan bercerai kalau asyik nak bergaduh saja. Tetapi bukan itu caranya. Macam juga kita tak berapa nak gemar orang hantar SMS cerai macam itulah juga ibaratnya mereka buat Mawi tu,” katanya.

    Iyalah... teman pun tidak berapa setuju dengan cara mereka. Cuma peristiwa itu membuatkan teman terfikir adakah ini juga satu petanda betapa ‘world’nya Mawi sehingga peminatnya sendiri boleh bercakaran sesama sendiri dan berakhir dengan ‘pembubaran’ kelab itu.

    Teman tak mahu sebelah mana-mana pihaklah kerana barangkali apa yang dirasai sesetengah ahli Mawi FC itu ada asas dan kebenarannya. Mereka ada hak untuk berasa kecewa setelah melakukan segala yang terbaik untuk memastikan Mawi menjadi juara tetapi ingatlah juga bahawa mereka tiada hak ke atas kehidupan Mawi.

    Tak tahu sejauh mana benarnya cerita ini tetapi teman dengar juga bagaimana ada ahli Mawi FC yang beriya-iya melarang Mawi bergambar dengan peminat atau artis wanita kerana kononnya mereka mahu Mawi menjadi macam Siti Nurhaliza. Al-kisahnya kata si pembawa cerita, Mawi jawab juga bahawa dia tak mahu menjadi Siti. Mawi mahu jadi Mawi.

    Susah juga kalau ada peminat berasa dia berhak 100 peratus ke atas mana-mana artis. Sokonglah kerjaya mereka jika dah minat sangat.

    Kalau nak beli album, belilah yang original. Nak tegur artis boleh saja, macam teman ni pun selalu juga tegur artis tetapi caranya kena betullah.

    Kalau artis tu tak mahu dengar kata walaupun sudah berbuih mulut kita, tinggalkan saja.

    Jangan beli album, jangan tengok filemnya.

    Tetapi tak payah hendak buat press conference dan umum satu dunia, sepolan sepolan letak jawatan kerana artis sepolan sepolan dah besar kepala.

    Macam teman ni ha... bukan tak ada artis atau penggiat seni yang ‘kekwat’ dengan teman.

    Bukan juga teman tak tahu, ada juga yang dok jaja cerita dan buruk-burukkan teman. Tetapi cerita orang itu jugalah yang muncul dalam surat khabar kumpulan teman.

    Berbalik kepada cerita artis dan peminat ini, kalau sudah susah sangat ikut saja pesanan ini – suka biarlah berpada-pada, sayang juga biarlah ada hadnya kerana apabila orang yang kita suka dan sayang itu tidak begitu menghargai kita, rasa sakit di hati tidaklah seberapa. Jumpa lagi! – hanizam@bharian.com.my

    Diva diteruskan tanpa Mawi

    (Utusan Malaysia - 22/11/2005)
    Oleh: WANDA IDRIS

    FILEM Diva (judul sementara) terpaksa meneruskan penggambarannya tanpa juara Akademi Fantasia 3, Mawi. Penyanyi itu, sebelum ini dikatakan telah pun bersetuju untuk melibatkan diri dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd., itu.

    Begitu juga pengarah tersohor, Rashid Sibir yang dikatakan akan memberikan sentuhannya dalam filem itu, ternyata tidak melibatkan diri dalam filem itu.

    Menurut Penerbit Eksekutif Kanan Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai yang ditemui pada majlis rumah terbuka Astro Shaw/Tayangan Unggul dan pelancaran filem Diva di Ampang, Selangor, baru-baru ini;

    "Memang mengikut perancangan awal, Diva diarahkan oleh Rashid Sibir dan antara pelakon terlibat termasuklah Mawi.

    "Tapi seperti setiap syarikat produksi yang lain, kita juga perlu membuat kerja mengikut perancangan. Perancangan penggambaran filem ini adalah tahun ini, jadi kita perlu teruskan.

    "Bukan kita tidak mahukan Mawi tapi kalau kita mahu menunggu dia, alamat penggambaran tidak akan bermula.

    "Dan kalau kita masih mahu mengambil Mawi berlakon dan dengan jadual kerjanya yang begitu ketat, alamatnya sampai tiga bulanlah filem ini tak habis penggambaran.

    "Begitu juga halnya dengan Rashid Sibir. Jadi kita ambil keputusan untuk menggantikan tempat-tempat itu dengan orang lain,'' jelas Gayatri.

    Justeru menurut Gayatri, penggambaran Diva diteruskan di bawah arahan Sharad Sharan, seorang sutradara dari India yang mempunyai pengalaman menghasilkan lebih 25 drama/telemovie di Indonesia.

    Sementara pelakon yang terlibat; dari Malaysia ialah Ning Baizura, Adam (AF2), Awal Ashaari, Balkisyh, AC Mizal, Pushpa Narayan serta Fauziah Nawi. Dari Indonesia ialah Jeremy Thomas, Sheny Andrea, Yessica, Donniy Kusuma dan Shanti.

    Menurutnya lagi, Astro Shaw Sdn. Bhd., telah menempuh pelbagai cabaran sebelum dapat memulakan pembikinan Diva.

    Bermula dengan judul filem itu sendiri (kerana terdapat filem lain yang menggunakan judul hampir sama), Diva terus-terusan dicabar oleh pemilihan senarai tenaga produksi dan barisan pelakonnya. Pun begitu, penggambaran filem jalinan kerjasama tiga negara; Malaysia, Indonesia dan India ini kini akhirnya berjaya dimulakan dan kini sedang giat dalam pembikinannya.

    Kata Gayatri, "Mungkin ada beberapa perancangan awal yang tidak dapat diteruskan tapi kita tak berputus asa untuk meneruskan misi dan visi filem ini.''

    BIARPUN pengarah dan beberapa senarai pelakon telah berubah, tetapi ia tidak mengubah visi filem tersebut, kata Gayatri.

    Lebih penting, tegasnya, Astro Shaw mengambil inisiatif menerbitkan Diva dengan kerjasama daripada tiga negara bagi menyahut saranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) agar berkongsi pengalaman dan teknologi dengan negara serantau dalam usaha mengembangkan industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa.

    "Perkongsian ini tidak sahaja melibatkan lakonan tetapi juga teknologi dan tenaga kerja,'' tambahnya.

    Diva yang menelan belanja RM3 juta dan dianggap tertinggi dalam bajet penerbitan filem Astro Shaw yang turut dinaungi Tayangan Unggul Sdn. Bhd., (TUSB) telah pun memulakan penggambaran sejak 11 November lalu dengan lokasi pilihan sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik, Pahang.

    "Menerusi jalinan kerjasama ini, kita ingin membuat eksperimen dan mencari pengalaman bekerja dengan tenaga luar.

    "Dalam masa yang sama ia adalah usaha untuk kita menembusi pasaran mereka,'' jelasnya.

    Menurut Gayatri, kisah yang dipaparkan oleh Diva adalah sebuah kisah mudah tentang kehidupan seorang penghibur negara yang mencipta nama di luar negara yang akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia.

    "Diva adalah sebuah drama berat dengan jalan cerita mempunyai rasa dan emosi yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja di dunia ini.

    "Justeru, kita merasakan filem ini dapat diterima di negara luar walaupun ia adalah filem berbahasa Melayu," ujar Gayatri.

    Bukan sebuah drama muzikal namun kata Gayatri, terdapat tujuh buah lagu baru yang akan diselitkan dalam filem yang ditunjangi Ning Baizura itu.

    Malah yang menariknya koreografi tarian yang menggabungkan tarian moden dengan elemen tarian tradisional Melayu dan Cina akan diselenggara oleh jurutari Bosco Caeser bersama kumpulan tari Dua Space Theatre, tambahnya.

    Sementara itu, Pengarah Eksekutif Astro Shaw, Tengku Datuk Anuar Mussaddad dalam ucapannya memberitahu, Astro Shaw telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Tarantella Picture bagi merealisasikan kerjasama tiga negara (Malaysia, Indonesia, India).

    Kerjasama itu katanya, melibatkan terbitan enam buah filem selama dua tahun dan filem-filem itu akan mula ditayangkan pada 2006.

    Turut diadakan pada majlis tersebut ialah majlis kesyukuran tamat penggambaran filem Zombie Kampung Pisang, arahan, lakon layar dan cerita asal Mamat Khalid.

    Zombi Kampung Pisang, filem terbitan ke-14 Tayangan Unggul Sdn. Bhd., itu dilakonkan oleh Awie, Ezlynn, AC Mizal, Nadia Mustafar, Que Haidar, Loloq, Zami Ismail, Jalil Hamid dan Rusminah Sidek.